What happens to a Muslim’s Estate after Death in Singapore

What happens to a Muslim’s Estate after Death in Singapore

Mengucap selamat tinggal kepada seseorang yang anda amat kasihi bukan mudah. Kenangan ketika bersama, tidak kira yang baik ataupun buruk, adalah sesuatu yang akan kekal bersamamu selamanya. Sebuah persoalan timbul apabila mereka meninggal; Bagaimanakah anda akan menyelesaikan harta yang ditinggalkan mereka?

 

Apabila seorang Muslim meninggal, keluarga ataupun rakan-rakan yang terdekat perlu melaksanakan urusan-urusan berikut dengan harta yang ditinggalkan si arwah:

 

1) menunaikan semua kewajipan agamanya seperti zakat, kafarah atau hukuman atas sumpah;
2) membayar perbelanjaan pengebumian mereka;
3) menyelesaikan semua hutang mereka jika ada;
4) melaksanakan wasiat mereka jika ada; dan
5) mengagihkan harta pusaka antara kalangan ahli waris mereka mengikut peraturan faraid

 

Walau bagaimanapun, sebelum anda dibenarkan mengedarkan aset dan harta si arwah, terdapat beberapa langkah yang anda perlu ketahui ketika mengendalikan harta tanah mereka.

Langkah 1: Mendapatkan Sijil Warisan

Terlebih dahulu, anda perlu memohon Sijil Warisan dari Mahkamah Syariah sebelum anda dapat mengendalikan harta si arwah. Sijil Warisan tersebut akan membantu dalam pengedaran harta si arwah mengikut Hukum Syariah. Ia dikehendaki oleh Pemegang Amanah Raya (Public Trustee) dan Mahkamah Keadilan Keluarga (Family Justice Courts) apabila anda memohon Surat Kuasa Mentadbir (Grant of Letters of Administration) ataupun Pemberian Sijil Pengesahan Wasiat (Grant of Probate).

 

Sijil ini akan mengenal pasti dan memperakui semua waris yang sah kepada harta si arwah ditadbir dan diedarkan, berdasarkan peraturan faraid dan Undang-undang Syariah.

 

Hanya Mahkamah Syariah sahaja yang dapat memberi Sijil Warisan tersebut. Anda boleh membuat permemohon untuk sijil itu secara ‘online’ di lelaman Mahkamah Syariah, iaitu www.syariahcourt.gov.sg. Anda harus memastikan bahawa semua maklumat peribadi yang diperlukan bagi si arwah dan benefisiari diisi dengan tepat. Ini disebabkan maklumat yang silap diisi akan menyebabkan aplikasi anda untuk ditolak dan anda harus mengisi boring aplikasi tersebut dan membayar yuran permohonan tersebut sekali lagi.

Siapakah yang dapat memohon aplikasi Sijil Warisan?

Hanya segelintir orang atupun organisasi sahaja yang berhak memohon untuk mendapati sekeping Sijil Warisan. Sijil Warisan hanya boleh diambil seorang penerima warisan, contohnya, si ibubapa, anak ataupun saudara si arwah (mereka haruslah seorang Muslim yang berusia 21 tahun ke atas), Majlis Agama Islam Singapura (Muis), perguam yang bertindak bagi pihak benefisiari, agensi perunding (bagi pihak penerima) dan Mahkamah Singapura, dapat memohon Sijil Warisan bagi si arwah.

 

Berapa lamakah proses aplikasi akan mengambil?

 

Sekiranya permohonan anda berjaya, pembayaran bagi Sijil Warisan boleh dibuat di Mahkamah Syariah, tiga hari dari tarikh aplikasi ‘online’ tersebut diserahkan. Sijil Warisan hanya akan diberi kepada si pemohon setelah mereka membuat bayaran dan aplikasi tersebut akan dibatal secara automatik jika pembayaran tidak dibuat dalam empat-belas hari dari tarikh aplikasi.

Langkah 2: Surat Kuasa Mentadbir dan / atau Pemberian Sijil Pengesahan Wasiat

Setelah anda menerima Sijil Warisan, anda boleh memohon kepada Mahkamah Keluarga untuk mendapati Surat Kuasa Mentadbir dan / atau Pemberian Sijil Pengesahan Wasiat untuk menguatkuasakan Mahkamah melantik seseorang yang berhak untuk menguruskan aset si arwah. Surat Kuasa Mentadbir dan / atau Pemberian Sijil Pengesahan Wasiat memberi kuasa kepada wakil untuk mengurus harta dan aset si arwah. Disebabkan itu,

 

A) Pemberian Sijil Pengesahan Wasiat memberi kuasa kepada wakil sebagai ‘Executor’ untuk mengurus harta dan aset jikalau si arwah meninggalkan wasiat. Mereka haruslah memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam wasiat si meninggal dan mentadbir hartanya; dan

 

B) Surat Kuasa Mentadbir memberi kuasa kepada wakil untuk menjadi pentadbir untuk mentadbir harta dan aset si arwah menurut peraturan faraid jikalau si meninggal itu tidak meninggalkan wasiat.

 

Dalam semua permohonan Surat Kuasa Mentadbir ataupun Pemberian Sijil Pengesahan Wasiat, mahzab yang diikuti si arwah haruslah disertakan bersama butiran informasi ketika mendaftar. Pendaftar Mahkamah Sivil akan memegang kepada Sijil Warisan jikalau mereka perlu menentukan siapa ahli waris dan bahagian yang mereka dapat tuntut mengikuti hukum faraid.

 

Surat Kuasa Mentadbir (Grant of Letters of Administration) ataupun Pemberian Sijil Pengesahan Wasiat (Grant of Probate).

Apa dokumen yang harus saya sediakan untuk mendapatkan

Sebagai ‘Executor’ atau Pentadbir, anda perlu menyediakan dan mengemukakan Arahan Pemula (Originating Summons) dan Sumpah Pentadbiran (Administration Oath) untuk memulakan proses wasiat. Dokumen lain seperti salinan tulen yang menyesahkan kematian si arwah (jika ada), dokumen-dokumen yang menilaikan aset si arwah, salinan tulen Sijil kematian dan informasi lain si arwah haruslah anda menyediakan.

 

Jikalau Pendaftar Mahkamah perlu penjelasan lebih bagi wasiat tersebut Arahan Pemula (Originating Summons) ke Mahkamah akan didengar beberapa hari setelah semua dokumen difailkan. Biasanya, proses ini akan memakan masa selama seminggu dari tarikh ia difailkan. Setelah semua dokumen yang diperlukan oleh Mahkamah disahkan teratur dan semua yuran dibayar, Mahkamah akan menyediakan dan mengeluarkan Pemberian Sijil Pengesahan dengan Jadual Aset (Schedule of Assets) kepada anda. Dokumen-dokumen ini mungkin rumit untuk anda mengisi dan memahami sendiri. Justeru, anda boleh meminta pertolongan daripada peguam Singapura yang terlatih untuk membantu anda dengan dokumen-dokumen ini.

Langkah 3: Pelaksanaan

Jikalau si arwah meninggalkan wasiat

 

Sekiranya ada wasiat, si ‘Executor’ perlu melaksanakan hasrat si meninggal seperti apa yang dinyatakan dalam wasiat. Wasiat tersebut haruslah selaras dengan peraturan faraid dan undang-undang Syariah sebelum si pelaksana melaksanakan tugasnya. Jikalau terdapat sebuah bahagian wasiat yang melanggar undang-undang Syariah, seperti si arwah mewasiatkan lebih daripada satu pertiga aset mereka daripada apa yang dibenarkan dalam undang-undang Syariah dan peraturan faraid, perenggan wasiat tersebut akan diabaikan seperti apa yang berlaku dalam kes Mohamed Ismail bin Ibrahim dan Yang lain v Mohammad Taha bin Ibrahim. Selain ahli waris faraid semua bersetuju untuk mematuhi dan melaksanakan wasiat si arwah, baki aset akan dibahagikan mengikut peraturan faraid.

 

Selain daripada ini, si pelaksana mesti bersedia menyelesaikan sebarang liabiliti, hutang atau cukai pendapatan yang tertunggak bagi si arwah. Jikalau si pelaksana enggan menerima peranannya sebagai seorang pelaksana wasiat si meninggal, beliau haruslah menyatakan secara terang bahawa beliau ingin melepaskan haknya untuk melaksanakan wasiat tersebut secara lisan atau dengan menandatangani dokumen yang mengesahkan kelepasan tangan haknya.

 

Jikalau si arwah tidak meninggalkan wasiat

 

Sekiranya si meninggal tidak meninggalkan wasiat, hartanya akan dibahagikan berdasarkan peraturan faraid. Aset-aset yang ditinggalkan seperti simpanan bank dan barang kemas akan diagihkan secara mana yang sesuai dengan aturan faraid.

 

Perkara seperti flat HDB, pembayaran insurans hayat, dan pencalonan bagi wang CPF mereka tidak akan dikira sebagai harta yang boleh diagihkan oleh faraid kerana harta tersebut di bawahan bidang kuasa undang-undang Sivil. Ini akan menjadi milik benefisiari yang telah disahkan oleh si meninggal.

 

Bagaimanakah kami boleh membantu anda

 

Undang-undang dan syarat di sebalik pengagihan wasiat dan harta Muslim mungkin rumit dan sulit unduk anda memahami sendiri. Kami faham keperitan menjalani sesuatu perkara yang beremosi seperti ini pasti sukar untuk anda. Jangan khuatir, di I.R.B Law terdapat pelbagai peguam-peguam yang pakar dan berpengalaman dalam bidang undang-undang Sivil dan Syariah. Mereka akan membimbing dan menerangkan dengan sepenuhnya sepanjang setiap peringkat pengagihan harta anda. Hubungi kami dan dapat nasihat yang anda perlukan bagi situasi anda. Kami janji untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya dengan tujuan untuk menyelesaikan kes anda. Rundingan pertama kami selalunya percuma, kerana kami ingin memberi tumpuan kepada anda dan bukan duit anda. Jadi, hubungilah kami melalui emel di Hello@irblaw.com.sg atau telefon kami di 6298 2537.

 

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini disediakan untuk maklumat umum sahaja dan tidak mencerminkan status semasa kami berhubung dengan undang-undang, kes, penyelesaian atau penghakiman yang berkenaan. Tiada apa-apa yang terkandung dalam laman web atau artikel ini bertujuan untuk menjadi nasihat undang-undang, dan tidak boleh dianggap sebagai I.R.B Law LLP telah bersetuju untuk mengiktirafkan para pembaca perkhidmatan undang-undang. Anda mengakui dan bersetuju bahawa penggunaan lelaman web ini tidak boleh mewujudkan hubungan peguam-klien dengan I.R.B Law LLP.