Muslim Will in Singapore

Muslim Will in Singapore

Seringkali ucapan selamat tinggal yang terakhir kepada seorang yang kita amat kasihi adalah ucapan yang paling sukar. Namun, apa pula dengan kata-kata yang ditutur, ditulis dan direkabentuk atas sekeping kertas wasiat? Pasti anda akan berasa terluka apabila anda menyedari bahawa arwah suami atau bapa anda tidak meninggalkan sebarang harta untuk anda dalam wasiat mereka. Adakah mereka dengan sepenuh hatinya mencintai dan menyayangi anda?

 

Jangan khuatir, jikalau anda seorang Muslim, undang-undang Syariah akan melindungi anda. Walaupun seluruh harta dan kekayaan seseorang itu boleh diagihkan mengikut kehendak si meninggal melalui Undang-undang Sivil, warisan Muslim ditentukan dalam bentuk faraid. Secara am, faraid bukan wasiat. Justeru, jikalau anda seorang Muslim bolehkah kamu menulis sebuah wasiat?

Bolehkah seorang Muslim menulis wasiat?

Umat ​​Islam digalakkan untuk membuat wasiat. Wasiat tersebut akan dilaksanakan dengan kematian si penulis, setelah tamatnya pembayaran hutang dan sebarang pembelanjaan bagi pemakaman si arwah telah dijaga. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian semasa menulis wasiat sebagai seorang Muslim.

 

Wasiat Sivil amat serupa dengan Wasiat Islam. Seorang Muslim yang menulis surat wasiat harus berumur 21 tahun keatas dan bersiuman. Ia juga dinasihati bagi anda untuk memperolehi dokumen Kuasa Berlaku Kebenaran ataupun di dalam Bahasa Inggeris, ‘Lasting Power of Attorney’ (LPA) untuk melaksanakan wasiat anda. LPA ini akan membenarkan anda melantik seseorang, seringkali seorang peguam, yang anda percayai untuk membuat keputusan untuk anda sekiranya anda tidak dapat membuat keputusan untuk diri anda sendiri disebabkan “kerosakan, atau gangguan dalam fungsi, minda atau otak” kepada diri anda.

 

Ketika wasiat itu ditulis, anda haruslah disampingi dua orang saksi. Mereka haruslah dua lelaki Muslim yang bukan penerima daripada wasiat anda. Selain daripada dua saksi ini, anda juga perlu secara lafaz ataupun dalam tulisan melantik seorang pelaksana untuk melaksanakan wasiat anda sekiranya anda meninggal.

 

Salah satu faktor penting yang harus diingati adalah bahawa jumlah yang anda ingin mewasiatkan keluar tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah aset anda. Jikalau anda mewasiatkan harta yang melebihi nilai tersebut, perenggan wasiat anda akan diabaikan apabila wasiat itu dilaksanakan. Justeru, jikalau anda ingin mewasiatkan segala harta anda kepada rakan kerap anda misalnya, pemindahan aset tersebut tidak dapat diteruskan kerana ia melanggar undang-undang Syariah Islam, kecuali dipersetujui oleh semua pewaris faraid.

 

Akhir sekali, para penerima manfaat wasiat si meninggal ini tidak boleh daripada ahli waris faraid kerana mereka sudah berhak untuk menerima warisan mereka sendiri melalui faraid. Ibu bapa, suami isteri, anak, cucu, adik beradik, saudara-saudara mempunyai hak atas pengagihan faraid.

 

Hanya seorang Muslim sahaja yang perlu mematuhi syarat-syarat yang dipapar di dalam sebuah wasiat Muslim. Sekiranya pada bila-bila masa anda meninggalkan agama Islam, maka Undang-undang Sivil akan dikenakan kepada anda ketika menulis wasiat anda.

Apakah Faraid?

Faraid boleh difahami sebagai pengedaran harta pusaka bagi seorang yang telah meninggal dunia kepada ahli warisnya mengikut hukum Tuhan dalam Al-Quran dan hadith. Di Singapura, faraid dikawal oleh Seksyen 111 dan 112 dari AMLA yang menghendaki setiap harta pusaka penganut Islam ‘yang menduduk di Singapura mati berwasiat untuk tertakluk kepada peraturan faraid, kecuali dimana “adat Melayu” dimohon.’

 

Walau bagaimanapun, akta ini mengecualikan orang yang tidak termasuk di bawah kategori faraid yang ditetapkan; Mereka yang bukan Islam, anak angkat ataupun anak luar nikah. Jangan khuatir, mereka masih boleh menerima sebahagian harta anda. Sekiranya anda ingin meletakkan seseorang dari kategori ini ke dalam wasiat anda selagi wasiat yang akan diedarkan mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Contohnya, jika anda mempunyai anak angkat, beliau tidak mempunya hak dari segi faraid untuk menuntut aset faraid. Namun mereka boleh menerima sebahagian harta anda jika anda mewariskan kepada mereka satu pertiga harta anda kepada mereka. Ia lebih berfaedah jikalau anda meminta nasihat daripada seorang peguam yang baik untuk merangka wasiat anda untuk memastikan bahawa semua aspek wasiat anda dilindungi dengan tepat.

 

Oleh disebabkan faraid adalah taburan aset yang tetap, terdapat situasi di mana seseorang itu menghindari peraturan Faraid. Sebagai contoh, mereka boleh cuba mengatasi sekatan faraid dengan membuat ‘janji’ ataupun nuzriah kepada keluarga yang dikasihi mereka dengan meletakkan istilah yang khusus dalam wasiat mereka. Nuzriah tersebut akan menjadi aktif dan ditetapkan sebelum kematian, iaitu tiga hari sebelum kematian maut dan satu hari dalam kematian yang tidak sengaja atau tiba-tiba. Setakat ini, nuzriah belum lagi dikenal di bawah undang-undang kes Singapura. Harus dipertikaikan bahawa pemberian tersebut tidak menafikan atau memberi konsesi tambahan kepada ahli waris faraid hak mereka.

 

Justeru, aset ataupun harta yang diwariskan melalui nuzriah akan tertakluk dengan peraturan faraid dang undang-undang Syariah.

Apa Yang Dipertimbangkan Sebagai Harta?

Harta dari segi undang-undang Singapura dapat diterjemahkan sebagai semua aset dan tanggungan seseorang yang telah meninggal dunia. Oleh itu, perkara-perkara yang boleh anda mengira sebagai sebuah harta adalah seperti berikut:

 

(A) harta kekal seperti sebidang tanah, bangunan, rumah privat, ladang;
(B) harta longgaran seperti wang tunai, perhiasan, kenderaan.yang lain;
(C) wang yang terhutang kepada orang yang meninggal;
(D) harta yang telah dicagarkan atau dicagarkan oleh si meninggal dan dapat ditebus;
(E) harta yang dibeli si meninggal semasa hayatnya yang telah dibayar olehnya tetapi belum diserahkan kepadanya walaupun setelah kematiannya;
(F) maskahwin yang belum dibayar kepada seorang isteri sehingga kematian isterinya;
(G) aset lain seperti simpanan wang, simpanan dalam CPF, saham, bon dan polisi insurans yang diluluskan oleh undang-undang Islam;
(H) semua harta yang tersebut di dalam dan di luar kediaman orang yang telah mati; Dan
(I) semua aset lain yang bernilai.

Adakah situasi harta saya tidak tertakluk di dalam undang-undang Syariah?

Terdapat beberapa situasi di mana undang-undang Islam dan undang-undang Sivil akan bertembung terutama sekali apabila harta pusaka tersebut harus diedarkan di bawah faraid. Sebagai peraturan umum, apabila ini berlaku, undang-undang sivil akan diutamakan, kecuali apabila undang-undang sivil dengan jelas mengecualikan orang Islam. Antara berikut adalah:

1) Hartanah Bersama

Hartanah yang didaftarkan di bawah Akta Titik Tanah atupun ‘the Land Titles Act’ akan dikuatkuasakan di bawah Undang-undang Sivil. Justeru, hak kepada harta itu akan diserahkan kepada pemilik hartanah yang masih hidup yang didaftar bersama si meninggal setelah kematian mereka seperti dilihat di Shafeeg bin Salim Talib v Fatimah bte Abud

2) Nominasi Wang CPF

Sekiranya si meninggal telah membuat pencalonan CPF, wang CPF yang ditinggalkannya hanya boleh diperolehi di dicalon. Wang CPF tidak dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka yang termasuk dalam peraturan faraid dan disebabkan itu, tidak perlu diedarkan di bawah faraid. Secara umumnya, terdapat dua pilihan bagi apa yang boleh dilakukan oleh seorang Muslim mengenai wang CPF mereka; Yang pertama adalah bahawa mereka meninggalkannya tanpa sebarang pencalonan dan biarkan duit tersebut diedarkan melalui faraid, atau mencalonkannya kepada seseorang. Mereka akan mendapatkan keseluruhan wang tersebut di bawah hibah atau sebagai hadiah.

3) Pembayaran Insurans Hayat

Di bawah seksyen 73 Akta Pengangkut dan Undang-Undang Harta ataupun Conveyancing and Law of Property Act, polisi insurans hayat seseorang yang telah meninggal tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka mereka dan akan menjadi milik calon yang dinamakan mereka.
Ahli waris faraid perlu menggugurkan tuntutan kepada hak si meninggal jikalau mereka telah menyebabkan kematian si arwah, telah murtad, ataupun bukan seorang Muslim langsung. Tertakluk kepada seksyen 118 (AMLA), seorang wanita Muslim, dengan atau tanpa persetujuan suami mereka, dapat akan melupuskan harta mereka sendiri.

 

Jika si meninggal tidak meninggalkan ahli waris faraid, harta beliau akan diberi kepada BaitulMal, sebuah amanah amal Islam yang dikendalikan oleh MUIS.

Bagaimanakah kami boleh membantu anda

Undang-undang dan syarat di sebalik pengagihan wasiat dan harta Muslim mungkin rumit dan sulit unduk anda memahami sendiri. Kami faham keperitan menjalani sesuatu perkara yang beremosi seperti ini pasti sukar untuk anda. Jangan khuatir, di I.R.B Law terdapat pelbagai peguam-peguam yang pakar dan berpengalaman dalam bidang undang-undang Sivil dan Syariah. Mereka akan membimbing dan menerangkan dengan sepenuhnya sepanjang setiap peringkat pengagihan harta anda. Hubungi kami dan dapat nasihat yang anda perlukan bagi situasi anda. Kami janji untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya dengan tujuan untuk menyelesaikan kes anda. Rundingan pertama kami selalunya percuma, kerana kami ingin memberi tumpuan kepada anda dan bukan duit anda. Jadi, hubungilah kami melalui emel di Hello@irblaw.com.sg atau telefon kami di 6589 8913.

 

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini disediakan untuk maklumat umum sahaja dan tidak mencerminkan status semasa kami berhubung dengan undang-undang, kes, penyelesaian atau penghakiman yang berkenaan. Tiada apa-apa yang terkandung dalam laman web atau artikel ini bertujuan untuk menjadi nasihat undang-undang, dan tidak boleh dianggap sebagai I.R.B Law LLP telah bersetuju untuk mengiktirafkan para pembaca perkhidmatan undang-undang. Anda mengakui dan bersetuju bahawa penggunaan lelaman web ini tidak boleh mewujudkan hubungan peguam-klien dengan I.R.B Law LLP.