Nafkah Iddah & Mutaah
**English Version is below.

Adakah anda seorang Muslim yang sedang melalui proses untuk memperolehi sebuah perceraian ataupun sedang berfikir untuk mendapati perceraian? Pada tahap ini, mungkin anda mempunyai beberapa soalan yang munasabah; apa harta atau penyelenggaraan yang saya boleh mendapati keluar daripada perceraian ini. Soalan-soalan berikut mungkin dapat membantu anda.

Bolehkah saya mendapati penyelenggaraan daripada perceraian saya?

Ya, anda boleh mendapatkan penyelenggaraan dari suami anda daripada perceraian Muslim tersebut. Penyelenggaraan secara am bermaksud nafkah kewangan yang dibayar oleh pihak suami kepada si isteri.

Penyelenggaraan perceraian bagi penganut Islam amat berbeza daripada penyelenggaraan perceraian perkahwinan sivil. Mahkamah Syariah hanya dapat mengeluarkan dua bentuk penyelenggaraan kewangan kepada pihak isteri, iaitu nafkah iddah dan mutaah.

Apakah Nafkah Iddah dan mutaah?

Nafkah iddah adalah penyelenggaraan ketika seorang wanita yang telah diceraikan atau janda dilarang dalam undang-undang Syariah untuk berkahwin semula. Tempoh ini juga dikenali sebagai iddah. Tempoh ini boleh dikira dengan tempoh haid si isteri yang berpanjangan sekitar tiga hingga empat kali pusingan datangnya haid mereka. Ini mungkin berpanjangan selama tiga bulan. Si suami harus memberi nafkah kepada si isteri pada jangka masa iddah ini. Mahkamah akan menetapkan kos yang si suami harus tanggung.

Sekiranya anda hamil, tempoh keseluruhan iddah yang akan dikira adalah degnan tambahan 3 bulan daripada pusingan haid yang disebutkan diatas setelah anda melahirkan bayi tersebut. Si suami perlulah membayar sejumlah wang yang bersamaan dengan tempoh iddah ini.

Mutaah pula adalah ‘hadiah konsolitori’ yang akan dibayar oleh bekas suami anda setelah perceraian itu berlaku. Proses mengira jumlah mutaah amat rumit dan khusus. Sebagai contoh, seorang wanita itu dapat menuntut mutaah sebanyak $4.00 didarab dengan jumlah hari beliau berumahtangga dengan suami tersebut. Mahkamah Syariah boleh memerintahkan sejumlah wang tertentu dengan sepnuhnya untuk dibayar kepada anda, namun ini bergantung kepada kes anda.

Dia Tidak Kaya. Di manakah wang penyelanggaran itu akan datang?

Jumlah nafkah iddah dan mutaah dicadangkan oleh pihak isteri. Mahkamah Syariah akan mempertimbangkan dan menetapkan penyelenggaraan yang sesuai setelah mengambil kira keupayaan dan situasi kehidupan si suami untuk membayar penyelenggaraan tersebut.

Jumlah mutaah boleh dikuatkuasakan di Mahkamah Keluarga ataupun ‘Family Justice Courts.’ Kadangkala mereka boleh memerintahkan bekas suami anda untuk menjual harta perkahwinan seperti rumah anda dijual, dan hasilnya dibahagikan dengan sewajarnya. Bahagian penjualan bekas pasangan anda pula akan digunakan untuk membayar mutaah setelah hutang pinjaman ataupun hutang bank diselesaikan.

Apa akan terjadi dengan penjagaan anak-anak?

Hal penjagaan kanak-kanak di dalam perceraian yang ditanding mungkin menjadi terlalu berantak, terutama sekali apabila keadaan anda sudah cukup membingungkan. Sekiranya anda dan pasangan anda tidak dapat bersetuju dengan rancangan keibubapaan yang dicadangkan semasa kaunseling, Mahkamah akan menentukan pihak mana yang mendapati hak penjagaan anak-anak. Ini berdasarkan kebajikan yang boleh diberikan ibu atau bapa, laporan dari agensi sokongan keluarga sosial dan faktor-faktor lain seperti kehendak si anak, kestabilan kewangan para ibu atau bapa dan usia kanak-kanak. Tidak semestinya anda sebagai ibu mempunyai kelebihan istimewa untuk memperolehi hak penjagaan anak-anak. Hak penjagaan anak-anak akan dipertimbang oleh Mahkamah, bergantung kepada situasi keperitan kes anda.

Bolehkah saya mencari penyelenggaraan dari mahkamah sivil?

Ya. Untuk mendapatkan perintah penyelenggaraan sivil, anda perlu ke Mahkamah Keluarga dan memohon untuk mendapatkan penyelenggaraan sivil dari suami anda. Anda juga boleh mendapatkan permohonan penyelenggaraan bagi anak anda juga dari Mahkamah Keluarga.

Bolehkah saya mencari penyelenggaraan jikalau saya bercerai di luar Singapura?

Berdasarkan kes TMO v TMP [2017], anda masih boleh mendapatkan bantuan dari Mahkamah Sivil Singapura bagi hal penyelenggaraan, walaupun anda telah bercerai di Mahkamah Syariah di luar Singapura. Apa yang telah berlaku di dalam kes ini adalah bahawa si isteri pada mulanya memohon kepada Mahkamah Singapura untuk membahagikan aset perkahwinannya namun Mahkamah Singapura tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana mereka bukan mahkamah yang memberi keputusan untuk mencerai perkahwinan tersebut. Tetapi Mahkamah Syariah Singapura mempunyai kuasa di bawah undang-undang Islam untuk menganugerahkan beliau jumlah nafkah iddah dan mutaah. Mahkamah Singapura akan mempertimbangkan kerumitan perceraian anda, dan anda mungkin atau tidak menerima jumlah penyelenggaraan yang diharapkan.

Apa akan terjadi jikalau pasangan saya murtad?

Sekiranya anda telah memohon kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan fasakh berdasarkan kemurtadatan suami anda, anda boleh mendapatkan perceraian dari pasangan anda. Kemungkilan besar anda tidak akan kehilangan hak untuk menerima pembayaran mutaah kepada anda. Perkara-perkara sebegini boleh menjadi rumit dan mungkin lebih efektif bagi perceraian anda untuk mencari Peguam Islam yang pakar untuk menasihati anda.

Bagaimanakah kami boleh membantu anda

Undang-undang dan syarat di sebalik hukum perceraian di dalam Islam mungkin rumit dan sulit unduk anda memahami sendiri. Kami faham keperitan menjalani sesuatu perkara yang beremosi seperti ini pasti sukar untuk anda. Jangan khuatir, di I.R.B Law terdapat pelbagai peguam peguam yang pakar dan berpengalaman dalam bidang perceraian Sivil dan Syariah. Mereka akan membimbing dan menerangkan dengan sepenuhnya sepanjang setiap peringkat perceraian anda. Hubungi kami dan dapat nasihat yang anda perlukan bagi situasi anda. Kami janji untuk memberi tumpuan yang penuh bagi menyelesaikan kes anda ini. Rundingan pertama kami selalunya percuma, kerana kami ingin memberi tumpuan kepada anda dan bukan duit anda. Jadi, hubungilah kami melalui emel di Hello@irblaw.com.sg atau telefon kami di +65 6589 8913.

Maklumat yang terkandung dalam artikel ini disediakan untuk maklumat umum sahaja dan tidak mencerminkan status semasa kami berhubung dengan undang-undang, kes, penyelesaian atau penghakiman yang berkenaan. Tiada apa-apa yang terkandung dalam laman web atau artikel ini bertujuan untuk menjadi nasihat undang-undang, dan tidak boleh dianggap sebagai I.R.B Law LLP telah bersetuju untuk mengiktirafkan para pembaca perkhidmatan undang-undang. Anda mengakui dan bersetuju bahawa penggunaan lelaman web ini tidak boleh mewujudkan hubungan peguam-klien dengan I.R.B Law LLP