Penanganan Wang Central Provident Fund (CPF) Si Mati

Penanganan Wang Central Provident Fund (CPF) Si Mati

Dalam artikel ini, kita akan menyentuh dan menjawab beberapa soalan yang sering ditanya mengenai wang CPF seorang Muslim yang meninggal dunia.

Apa itu CPF?

CPF adalah sistem simpanan keselamatan sosial wajib ditubuhkan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan, perumahan dan persaraan kita di Singapura. Ia dibiayai oleh sumbangan dari pendapatan dan dari majikan. Hampir semua warga dan pemastautin tetap Singapura mempunyai akaun CPF dengan penjimatan dan sering meninggalkan penjimatan ini apabila mereka meninggal dunia.

Apa Yang Berlaku Kepada Wang CPF Seorang Muslim Yang Meninggal Dunia?

Wang CPF seorang Muslim yang meninggal dunia tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka beliau dan tidak tertakluk kepada Wasiat beliau. Walau bagaimanapun, jika seorang Muslim berhasrat untuk menentukan siapa yang akan mendapat wang CPF selepas kematiannya, dan berapa banyak jumlahya, dia boleh membuat pencalonan CPF. Pada tahun 2010, Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura menetapkan bahawa pencalonan CPF adalah serupa dengan hadiah (hibah) dan dibenarkan di bawah undang-undang Islam: https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Fatwa/CPF-Nomination. Wang CPF seorang Muslim yang meninggal yang tidak mempunyai pencalonan mesti diagihkan kepada warisnya mengikut hukum warisan Islam atau Faraid.

Bagaimana Anda Boleh Membuat Pencalonan CPF?

Untuk menentukan siapa yang anda mahu menerima wang CPF anda selepas anda meninggal dunia, dan berapa banyak jumlahnya, anda boleh membuat pencalonan CPF. Untuk ini, anda digalakkan untuk melawat Pusat Perkhidmatan CPF atau buat pencalonan CPF anda secara online di laman web: https://www.cpf.gov.sg/Members/Schemes/schemes/other-matters/cpf-nomination-scheme.

Fakta-Fakta Penting Mengenai Pencalonan CPF

Adalah penting untuk mengetahui fakta-fakta berikut mengenai pencalonan CPF:

  1. Walaupun perkahwinan secara automatik membatalkan pencalonan CPF sebelumnya, perceraian tidak sebegitu.
  2. Wang CPF tidak tertakluk kepada Wasiat. Oleh itu, Wasiat tidak membatalkan sebarang pencalonan CPF sebelumnya.
  3. Bahagian penama yang dicalon yang berumur di bawah 18 tahun akan disimpan oleh Pemegang Amanah Awam (Public Trustee) (PT) untuk manfaat penama yang dicalon itu. Ini adalah selaras dengan Seksyen 25 CPF Act (Cap. 36).
  4. Bahagian penama yang dicalon yang muflis akan diserahkan kepada Pegawai Pemegang Harta (Official Assignee) (OA) sebab harta seorang muflis menjadi hak OA mengikut undang-undang.

Peranan PT Dalam Menangani Wang CPF Seorang Muslim Yang Meninggal Dunia.

Apabila dimaklumkan tentang kematian seorang ahli CPF, Lembaga CPF akan menutup akaun CPF ahli tersebut dan memindahkan baki dalam akaun CPF itu kepada PT. PT kemudiannya akan mentadbir dan mengagihkan wang CPF ahli tadi selaras dengan undang-undang.

Bagaimana Anda Menuntut Wang CPF Si Mati Dari PT?

Anda boleh membuat aplikasi secara online dengan menggunakan SingPass anda. PT akan meminta dokumen-dokumen berikut daripada anda, seperti:

  1. Sijil kematian ahli CPF yang meninggal dunia;
  2. Sijil kelahiran ahli CPF yang meninggal dunia;
  3. Sijil perceraian ahli CPF yang meninggal dunia;
  4. Sijil perkahwinan ahli CPF yang meninggal dunia;
  5. Sijil kelahiran dan Kad Pengenalan waris yang menuntut; dan
  6. Sijil Warisan bagi estet ahli CPF yang meninggal dunia yang dikeluarkan oleh    Mahkamah Syariah Singapura.

Updated: 14.4.2020

Call Now Button
× How can I help you?