Hibah

Hibah

Artikel ini membincangkan Hibah dan peraturan undang-undang Islam yang terpakai baginya.

Hibah bermaksud “hadiah”.

Seorang Muslim boleh dengan serta merta memberikan apa-apa yang dia miliki (atau apa-apa jumlah daripadanya) kepada orang lain atau kepada pihak lain (contohnya sebuah organisasi amal) dengan secara serta merta memindahkan kedua-dua hakmilik sah dan pemilikan keatas barang atau aset yang dihadiahkan tadi kepada si penerima hadiah (dipanggil “penerima”).

Secara alternatif, orang yang memberi hadiah (dipanggil “penderma”) boleh membuat suatu dokumen (biasanya dipanggil “Deed of Gift”) untuk mengisytiharkan pemberian hadiah itu kepada penerima. Dalam keadaan ini, hakmilik sah dan pemilikan barang atau aset yang dihadiahkan tadi mungkin tidak berpindah kepada penerima secara serta merta.

Peraturan Yang Terpakai Untuk Hibah

  1. Tentunya, untuk Hibah menjadi sah, penderma mestilah sekurang-kurangnya mempunyai hakmilik sah keatas barang atau aset yang dihadiahkan dan mempunyai kuasa yang sah untuk memberikan barang atau aset tadi kepada penerima.
  2. Hibah yang dibuat oleh seseorang yang belum cukup umur atau seorang yang tidak mempunyai keupayaan mental atau seorang di bawah tekanan atau paksaan adalah tidak sah.
  3. HHibah mestilah dengan jelas menyatakan tawaran hadiah itu kepada penerima, keterangan yang tepat perihal barang atau aset yang dihadiahkan dan syarat-syarat hadiah (jika ada) serta menyatakan bahawa hadiah itu dibuat tanpa apa-apa balasan (bayaran wang atau ganjaran lain atau jangkaan bayaran wang atau ganjaran lain) daripada penerima.
    1. Ulama Islam daripada mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki berpendapat bahawa
      Hibah boleh dibatalkan oleh penderma pada bila-bila masa selagi barang atau aset pemberian itu belum diserahkan kepada penerima. Sebaik sahaja barang atau aset tadi telah diserahkan kepada penerima, Hibah tidak boleh dibatalkan oleh penderma, melainkan hadiah itu adalah dari seorang ibu, bapa, datuk atau nenek kepada anak atau cucunya.
    2. Jika penderma memilih untuk membatalkang Hibah, dia mesti melaksanakan salah satu daripada kewajipan berikut sebagai kaffarah:
      1. memberi makanan kepada 10 orang miskin dengan jenis makanan yang biasanya dimakan oleh penderma; atau
      2. memberi pakaian kepada 10 orang miskin; atau
      3. berpuasa selama 3 hari.

Hibah lwn Faraid

Aset-aset seorang Muslim yang telah meninggal dunia yang telah dihadiahkan dalam masa hayatnya jatuh di luar hukum faraid. Dalam erti kata lain, aset-aset tersebut akan kekal sebagai harta kepunyaan penerima dan tidak diagihkan kepada ahli waris si mati.

Hibah lwn Wasiat (Will)

Dalam Wasiat, seorang Muslim tidak dibenarkan untuk memberikan mana-mana aset-aset beliau kepada orang-orang yang sudah menjadi waris Faraidnya. Selanjutnya, di dalam Wasiat, seorang Muslim tidak dibenarkan memberikan lebih dari satu pertiga (1/3) aset-asetnya. Sekatan-sekatan ini tidak terpakai kepada Hibah.

Hibah Ruqbah

Hibah Ruqbah adalah satu bentuk hadiah bersyarat di mana penderma berkata: “Harta ini adalah milik anda sebagai ruqba; jika kamu mati sebelum saya, harta ini menjadi milik saya dan jika saya mati sebelum kamu, harta itu menjadi milikmu.” Istilah bahasa Arab “ruqba” bermaksud menanti untuk orang yang lain mati.

Malangnya, ulama Islam berbeza pendapat mengenai kesahihan hadiah sedemikian di bawah undang-undang Islam. Mungkin hadiah sedemikian akan dilihat sebagai berkuatkuasa selepas kematian penderma di mana ia mungkin tertakluk kepada sekatan-sekatan yang terpakai kepada Wasiat seperti yang diterangkan di atas.

Updated: 29.4.2020

Call Now Button
× How can I help you?