Artikel ini membincangkan hukum dan peraturan utama berkaitan dengan Wasiat seorang Muslim.
Setiap orang Muslim digalakkan untuk meninggalkan Wasiat.
Ayat 106 Surah Al-Maidah (Juz 5 Al-Quran) mengandungi salah satu daripada beberapa perintah Allah (swt) mengenai Wasiat. Terjemahan ayat ini (oleh Yusuf Ali) berbunyi:
“Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang daripada kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil antara kamu atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi, lalu kamu ditimpa bahaya kematian.”
Sumber-sumber hukum Islam berkaitan dengan Wasiat (selain daripada Al-Quran) adalah sunnah dan hadith Nabi (saw) dan pendapat majoriti ulama Islam. Sebagai contoh, adalah Nabi (saw) yang mengisytiharkan bahawa seorang Muslim tidak boleh mewasiatkan lebih dari satu pertiga (1/3) daripada aset-aset kepunyaannya.
Undang-Undang Singapura Mengenai Wasiat
Seksyen 111 Administration of Muslim Law Act (Cap 3) (AMLA) membenarkan seorang Muslim untuk membuat Wasiat. Walau bagaimanapun, Wasiat itu mestilah mematuhi syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Mazhab ikutan si Pewasiat.
Beberapa Peraturan Utama Wasiat
-
- Wasiat seorang Muslim mestilah ditandatangani oleh si Pewasiat di hadapan 2 saksi lelaki dewasa yang beragama Islam.
- Seorang Muslim tidak boleh mewasiatkan apa-apa kepada waris Faraidnya. Pemberian Wasiat adalah untuk pihak yang bukan waris Faraid si Pewasiat (Ajnabi) seperti anak angkatnya.
- Seperti yang dinyatakan di atas, seorang Muslim tidak boleh mewasiatkan lebih dari satu pertiga (1/3) daripada aset-aset kepunyaannya. Dua pertiga (2/3) daripada aset-aset tersebut mestilah dikhaskan untuk waris Faraid si Pewasiat.
- Pewasiat mestilah seorang dewasa dan berfikiran waras.
- Objek atau tujuan pemberian Wasiat mestilah yang dibenarkan menurut undang-undang Islam. Sebagai contoh, pemberian yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada manusia umumnya atau bertujuan untuk menguatkan hubungan di antara ahli sesebuah keluarga sangat digalakkan. Sebaliknya, seorang Muslim dilarang membuat Wasiat yang objek atau tujuannya tidak konsisten atau bertentangan dengan nilai dan ajaran agama Islam.
- Tidak ada larangan keatas seorang Muslim yang mewasiatkan sesuatu kepada orang bukan Muslim, tertakluk setentunya, kepada peraturan 5 diatas berkaitan object atau tujuan pemberian tersebut.
- Seksyen 111(2) AMLA menyatakan bahawa Wasiat seorang Muslim tertakluk kepada Wills Act (Cap. 352) (kecuali Seksyen 3), Probate and Administration Act (Cap. 251) dan Insurance Act (Cap. 142).
Faraid Dan Wasiat
Aset-aset seorang Muslim yang telah diwasiatkan tidak tertakluk kepada hukum Faraid. Peraturan pengagihan Faraid tidak digunapakai bagi aset-aset tersebut.
Updated: 2.5.2020