Pembahagian Harta Peninggalan Seorang Muslim

Pembahagian Harta Peninggalan Seorang Muslim

Artikel in membincang cara dan rukun pembahagian harta peninggalan seorang Muslim menurut hukum Islam.

Cara dan rukun pembahagian harta peninggalan seorang Muslim adalah satu aspek penting dalam urusan pentadbiran harta pusaka atau tirkah simati. Hukum-hukum yang menentukan perkara ini boleh diceduk daripada Al-Quran, hadith dan sunnah Rasulullah (saw) dan pendapat jumhur ulama’.

Secara amnya, harta yang ditinggalkan oleh seorang Muslim wajib dibahagikan menurut tertib berikut:

Langkah Pertama – Melunaskan hutang simati kepada Allah: hutang-hutang tersebut termasuk zakat yang belum dibayar, haji fardhu yang belum ditunaikan oleh simati pada masa hidupnya dan segala macam kafarah yang diwajibkan keatas simati dan yang masih terhutang.

Langkah Kedua – Membayar kos perubatan dan kos pengurusan jenazah simati.

Langkah Ketiga – Melunaskan hutang-hutang simati yang dijaminkan dengan atau diikatkan kepada mana-mana aset simati yang bakal dibahagikan kepada warisnya (sebagai contoh, pinjaman bercagar, gadai janji dan ikrar).

Langkah Keempat – Melunaskan hutang-hutang simati kepada manusia.

Langkah Kelima – Melaksanakan wasiat simati.

Langkah Keenam – Membahagikan sisa aset simati kepada warisnya mengikut hukum faraid.

Nota: Lain-lain bayaran dan potongan daripada aset simati sebelum ianya dibahagikan kepada waris (selepas langkah ke-5 dan sebelum langkah ke-6) memerlukan persetujuan dari kesemua waris tersebut (contohnya sedekah di atas nama simati tadi).

Call Now Button
× How can I help you?