Prosiding Perceraian Di Mahkamah Syariah

Prosiding Perceraian Di Mahkamah Syariah

Artikel berikut memberi penerangan dan langkah-langkah proses penceraian menerusi Mahkamah Syariah.

Pendaftaran

Borang Pendaftaran boleh dimuaturunkan dari laman web Mahkamah Syariah di: www.syariahcourt.gov.sg.

Kaunseling Mandatori

Kaunseling akan dikendalikan oleh agensi kaunseling yang diluluskan seperti PPIS, Jamiyah, Darul Arqam dan lainnya. Kedua belah pihak mungkin perlu hadir beberapa sesi kaunseling.

Pengeluaran Saman Pemula Penceraian

Saman Pemula Perceraian mesti difailkan dalam masa 6 bulan dari tarikh sesi kaunseling terakhir. Borang-borang yang diperlukan boleh dimuaturunkan dari laman web Mahkamah Syariah.

Sesi Pengantaraan

Di sesi Pengantaraan, kedua belah pihak berpeluang untuk menyelesaikan semua isu dan tuntutan. Jika ada penyelesaian, kedua belah pihak akan berjuma dengan President Mahkamah Syariah bagi satu perintah persetujuan dicatitkan. Jika mahkamah meluluskan penyelesaian tadi, prosiding perceraian akan berakhir di sini.

Persidangan Pra-Bicara

Jika tiada penyelesaian di sesi Pengantaraan, kes akan ditundakan ke satu Presidangan Pra-Bicara (lebih dikenali sebagi PTC). Di sesi PTC, Pendaftar Mahkamah Syariah akan beri arahan untuk affidavit difailkan dan lain-lain langkah diambil bagi menyediakan kes untuk satu Perbicaraan. Kedua belah pihak mungkin dikehendaki menghadiri beberapa sesi PTC.

Perbicaraan

Di sesi Perbicaraan, pihak suami akan dijemput untuk melafazkan talak jika beliau belum lagi berbuat demikian, atau mahkamah akan memutuskan kesahihan talak yang telah dilafazkan oleh pihak suami sebelumnya. Jika pihak isteri mendakwa bahawa pihak suami telah melanggar taklik atau perkahwinannya harus dibubarkan atas dasar fasakh, mahkamah akan menetapkan dahulu sama ada pelangaran taklik atau fasakh boleh disabitkan.

Mahkamah kemudiannya akan mendengar hujah kedua belah pihak mengenai isu dan tuntutan yang lain (nafkah iddah, mutaah, hak jagaan anak-anak, pembahgian harta sepencarian, dan lainya) dan seterusnya akan sampaikan keputusannya, sama ada dengan segera atau pada tarikh yang lain. Prosiding perceraian berakhir di sini.

Jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, beliau boleh merayu kepada Lembaga Rayuan dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan tersebut.

Sesi Hakam Dan Perbicaraan Lanjutan

Jika di sesi Perbicaraan, pihak suami enggan melafazkan talak dan keterangan yang diberikan gagal membuktikan pelanggaran taklik, atau perkahwinan pasangan tadi tidak boleh dibubarkan atas dasar fasakh, makhamah boleh perintahkan perlantikan 2 orang Hakam bagi menentukan isu talak. Kes akan ditundakan ke satu sesi Hakam dan Perbicaraan Lanjutan. Selepas sesi Hakam, mahkamah akan mendengar laporan Hakam berkaitan isu talak.

Jika Hakam gagal mendamaikan kedua belah pihak dan pihak suami masih enggan melafazkan talak, atau perkahwinan mereka tidak boleh dibubarkan dengan cara lain (khulu’ atau talak tafweed), Hakam boleh menceraikan pasangan tadi dengan talak wajib. Selepas mendengar hujah kedua belah pihak berkaitan lain-lain isu dan tuntutan, mahkamah akan sampaikan keputusannya sama ada serta merta atau pada hari yang lain. Prosiding perceraian berakhir di sini.

Jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, beliau boleh merayu kepada Lembaga Rayuan dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan tersebut.

Nota: Perbicaraan Lanjutan boleh juga dijadualkan sementara menunggu laporan penilaian hak jagaan anak atau atas lain-lain sebab atas arahan mahkamah.

Prosiding Perceraian Di Mahkamah Syariah Malay

 

Call Now Button
× How can I help you?