Isu Dan Tuntutan Tipikal Dalam Prosiding Perceraian Di Mahkamah Syariah

Isu Dan Tuntutan Tipikal Dalam Prosiding Perceraian Di Mahkamah Syariah

Artikel berikut membincangkan beberapa isu dan tuntuan yang sering terbit dalam prosiding perceraian di Mahkamah Syariah.

Talak

Di bawah undang-undang Islam, sebuah perkahwinan boleh dibubarkan dengan cara-cara berikut:

  1. Dengan lafaz talak:
    1. oleh pihak suami (melalui khuluk atau tanpa khuluk);
    2. oleh pihak isteri (talak tafweed); dan
    3. oleh pihak hakam; atau
  2. Atas sebab pelanggaran taklik oleh pihak suami; atau
  3. Atas dasar fasakh jika terbukti fakta-fakta tertentu (contohnya pihak suami telah dipenjarakan atau pihak suami mati pucuk atau pihak suami berkelakuan zalim dan lain-lainnya); atau
  4. Atas sebab perkahwinan tadi tidak sah (batil).

Nafkah Iddah dan Mutaah

Apabila diceraikan, pihak isteri berhak mendapat nafkah iddah dan mutaah. Nafkah iddah adalah nafkah untuk pihak isteri sepanjang waktu iddahnya (3 bulan dari hari perceraian). Dalam tempoh iddah ini, pihak isteri wajib patuh beberapa larangan, contohnya, pihak isteri dilarang bernikah. Mutaah pula merupakan pemberian saguhati dari pihak suami kepada pihak isteri yang diceraikannya. Jumlah mutaah ditentukan mengikut jumlah hari perkahwinan. Jumlah yang tentutkan bagi kedua-dua nafkah iddah dan mutaah bergantung sebahagian besarnya kepada kemampuan pihak suami.

Pembahagian Rumah Suami-Isteri

Lazimnya, rumah suami-isteri akan diperintahkan dijual di pasaran terbuka dan hasil bersih penjualan dibahagikan antara pihak suami dan pihak isteri secara adil dan saksama. Mahkamah juga boleh perintahkan rumah tadi dijual atau dipindah hakmiliknya kepada pihak suami atau pihak isteri. Dalam kes-kes tertentu, rumah suami-isteri (jika ianya sebuah flat HDB) akan diperintahkan diserah kepada HDB.

Dalam menentukan bahagian pihak suami dan pihak isteri dalam hasil bersih penjualan rumah mereka, mahkamah akan ambil kira beberapa faktor, termasuk sumbangan wang dan bukan wang pihak suami dan pihak kepada pembelian rumah tadi dan kepada perkahwinan and keluarga mereka, kemampuan kewangan mereka, daya pendapatan meraka dan lain-lainnya.

Hak Jagaan Kanak-Kanak Kecil

Undang-undang Islam memperuntukkan beberapa peraturan yang menentukan hak jagaan kanak-kanak kecil (hukum hadhanah) setelah perceraian ibu and bapa kanak-kanak tersebut, contohnya, kanak-kanak yang berumur kurang dari tujuh tahun atau yang belum mumayyiz lazimnya akan diletakkan dibawah jagaan ibunya, manakala kanak-kanak yang lebih dewasa akan ditanya dengan siapakah (ibu atau bapanya) ianya mahu tinggal.

Ada banyak lagi peraturan-peraturan sedemikian, tetapi semua peraturan-peraturan ini tertakluk kepada pertimbangan kemaslahatan dan kebajikan kanak-kanak yang berkenaan. Selain daripada isu dengan siapakah (ibu atau bapanya) si kanak-kanak kecil tadi akan tinggal, mahkamah juga akan menentukan isu asuhan (hak untuk membuat keputusan berkenaan pendidikan (termasuk pendidikan agama), kesihatan, dan sebagainya) dan isu akses (hak bagi phak yang tidak diberi hak jagaan seharian untuk berjumpa dan bersama kanak-kanak tadi).

Pembahagian Harta Sepencarian

Harta sepencarian termasuk wang simpanan bank, saham, polisi insuran, wang CPF, kenderaan, dan lain-lainnya. Secara umumnya, harta sepencarian adalah mana-mana aset yang telah diperolehi pihak suami atau pihak isteri atau oleh kedua-duanya sepanjangan perkahwinan mereka. Aset yang merupakan hadiah atau yang telah diperolehi melalui warisan terkecuali, melainkan ianya adalah rumah suami-isteri pasangan tadi. Dalam kes perceraian, mahkamah perlu membahagikan harta sepencarian di antara pihak suami dan pihak isteri secara adil dan saksama.

Banyak faktor diambil kira dalam pembahagian tersebut, termasuk sumbangan wang dan bukan wang pihak suami dan pihak isteri sepanjang tempoh perkahwinan mereka, kemampuan kewangan mereka, daya pendapatan meraka, keperluan kanak-kanak kecil mereka dan lain-lainnya.

Maskahwin dan Hantaran Belanja

Pihak isteri juga boleh menuntut maskahwin atau mahr dan hantaran belanja yang masih terhutang. Bukti-bukti yang berkenaan mesti dikemukakan di mahkamah.

Isu dan Tuntuan Tipikal dalam Prosiding Perceraian

Call Now Button
× How can I help you?